Pages

Monday, July 20, 2009

Abstract of Virtual Parachute (BM version)

ABSTRAK

Simulasi payung terjun maya digunakan untuk melatih penerjun melakukan terjunam menggunakan persekitaran maya atau teknologi simulasi komputer. Penggunaan teknologi ini membolehkan manusia berlatih untuk menghadapi keadaan penerjunam sebelum penerjunam sebenar dilakukan. Simulasi payung terjun maya boleh digunakan untuk kegunaan ketenteraan atau untuk tujuan bersukan. Untuk membangunkan simulasi payung terjun maya ini, terdapat 3 sub-sistem utama yang perlu direka. Sistem tersebut adalah Sistem Perolehan Data, Sistem Pangkalan Data Visual dan Sistem Penggantungan. Dalam projek ini, Sistem Penggantungan untuk simulasi payung terjun maya dibangunkan dengan merekabentuk dan menghasilkan 2 komponen penting system ini iaitu rangka penggantungan dan alat menempatkan alat pengesan pada rangka. Penerjun bergantung pada rangka penggantungan dan menarik “toggle” kiri atau kanan untuk memusingkan payung terjunkek iri atau kanan. “ Toggle” tersebut disambung pada alat pengesan (potentiometer) dan bertindak sebagai “toggle” payung terjun sebenar. Alat pengesan tersebut disambung pada sistem perolehan data yang kemudian menukarkannya kepada maklumat yang boleh difahami oleh sistem pangkalan data visual. Sistem ini kemudian akan menunjukkan kepada penerjun bahawa dia sedang membelok ke kiri atau ke kanan apabila “toggle” kiri atau kanan ditarik dengan memusingkan pemandangan kekiri atau kanan penerjun yang dilihat olehnya menerusi alat paparan visual. Rangka penggantungan dan mekanisma menempatkan alat pengesan pada rangka penggantungan direkabentuk dengan mengambil kira semua aturan asas proses rekabentuk dimulai dengan pemahamian masalah, rekabentuk konsep hinggalah kepada proses pembuatan dan pengujian. Setiap elemen yang direkabentuk dianalisis ketahanannya menggunakan kaedah unsur terhingga.

No comments:

Post a Comment